girlwithbighead
 Takut  
31/05/2012 | 4 comments

Saya tak nak muka macam ni lepas naik sekolah.
p/s: saya ni selalu pubish blogskins kan ? saya ada banyak lagi dekat draft. Idea datang bertimbun-timbun.Tu yang selalu publish, lagipun saya nak gunakan masa cuti ni dengan buat skin je, oh yeaahh ~

Assalamualaikum! Hello! Sebelum apa-apa, saya cuma nak cakap Happy Holiday kepada budak-budak yang dapat cuti selama dua minggu ni. Happy gila sebab dapat cuti. Selalunya setiap pagi bangun, mandi solat, makan and pergi sekolah. Aduyai ~ bosan lah buat macam ni. Rasanya dah sepuluh tahun buat perkara yang sama dah muak ~. Hm, kali ini dapat cuti yang panjang yang tak terlampau panjang ni nak habiskan masa dengan buat aktiviti yang tak berfaedah, haha.

Ni ha, saya sebernanya, tengah-tengah buat aktiviti yang tak berfedah sangat ni iaitu ber-bloging, saya rasa sangat takut. Nak tahu kenapa ? Sebelum cutikan, semua sekolah exam tak terkecuali  dengan sekolah saya. Seriously memang susah exam tu. Dalam sembilan subjek yang saya amik, yang rasa senang cumalah Additional Math. Hmm, tengah stress sangat fikir apalah agak-agaknya result saya nanti lepas naik cuti ni. Taknak kena membebel dengan pengetua lorh.

Saya target BM-78%, BI-65%, CHEMISTRY-45%, PHYSICS-55%, BIOLOGY-50%, ADDITIONAL MATHEMATICS-65%, MATHEMATICS-45%, AGAMA-82%, SEJARAH-70%. Terukkan apa yang saya target ? Seriously, soalan mid year memang susah tak terkata. Aras tinggi! Risaulah kalau keputusan dapat lagi teruk daripada yang dijangkakan. 

Sepatutnya saya patutlah gembira macam orang lain, lepas habis exam dia, dah jerit huray! hurray! Memang saya gembira tapi risau nak dapat keputusan tu je. Saya taknak kecewakan mak saya untuk kali yang kedua.
Saya nak sangat tersenyum macam lelaki ni masa ambil kertas perikse.
I hope so much.
Apa-apapun redha jelah, asalkan saya dah berusaha, doakan saya, ok ?


OLDERNEWER