Entri yang Akan Di-review oleh Akak Mia
25/08/2013 | 3 comments
Assalamualaikum. Hari ini fiqa rasa akan gementar kerana entri ini akan direview oleh Akak Mia kita hehehe. Actually masa tahu akak Mia kita umumkan pemenang, fiqa tak online. Masa tu fiqa tengah exam. Pada esoknya, tengok dekat blog ada orang comment cakap tahniah! Actually terkejut juga , then tengok lah fiqa menang apa, rupanya fiqa menang segmen Akak Mia. Alhamdulillah.
Hari ini bertarikhkan 25/8/2013 iaitu hari Ahad. Hari yang paling bermakna dalam keluarga fiqa kerana hari ini ialah hari ulang tahun mama fiqa yang ke-41. Mama! Selamat Hari Jadi Ma!
Actually masa semalam mama fiqa dah tidur. Hehehe, sebab mama fiqa sakit gigi. Masa mama fiqa tidur, fiqa, abang, ayah dan adik fiqa pergi buat preparation. Fuh! Nasib baik mama fiqa tidur kalau tak rosaklah rancangan nak buat kejutan untuk mama. Masa tu pukul 11.13 p.m. macam tuh, kita orang kemas-kemas, letak banner. Actually, kita orang nak buat mama fiqa rasa macam muda-muda dulu. Hahaha. Kita orang letak balloon pink banyak-banyak. Boleh dikatakan semua tempat ada balloon.
Semua siap pukul 11:47 p.m. macam tuh. Nasib baik sempat. Kita orang buat cepat-cepat, alhamdulillah. Keadaan amat di luar jangkaan kami. Then, tepat je pukul 12.00 a.m. ayah fiqa tutup lampu. Abang fiqa dah siap amik benda apa tuh yang macam mercun, ayah fiqa pegang kek. Masa inilah fiqa nak buat suprise. Fiqa pergi dekat bilik mama, then jerit dekat mama macam ni , "Ma, ma. Rumah terbakar ma. Cepat bangun ma. Cepat. Jom keluar. Yang lain semua dah keluar" . Then, mama fiqa yang dah rasa takut, tak fikir apa-apa terus keluar then, masa keluar dari pintu bilik je. Adik fiqa buka lampun, abang fiqa letupkan mercun.
Ramai-ramai nyanyi "Selamat Hari Jadi, Selamat Hari Jadi, Selamat Hari Jadi untuk Mama, Selamat Hari Jadi" . Seriously, muka mama macam terkejeut dan terharu. Then, mama doa sebelum tiup lilin. Alhamdulillah. Semua berjalan dengan lancar. Then, fiqa cakap dengan mama fiqa, "Ma, macam mana ok tak ? Hahaha, maafkan iqa yang ma buat terkejut macam tu" . Then mama fiqa calap, "Ya Allah, mama bersyukur dapat keluarga yang macam ni, menghargai mama. Mama rasa tersangat terharu. Terima kasih semua. Mama sayang semua." Mama cium dahi kami semua.
Acara seterusnya ialah acara potong kek. Actually ni bukan dari rancangan. Masa tengah potong kek tuh, ayah fiqa calitkan tangan dekat kek yang sudah dipotong di dalam pinggannya dan dicalitkan pada pipi mama fiqa. Hahaha, memang sweet sangat walaupun mereka sudah agak tua. Itulah moment yang paling menggembirakan melihat telatah mama dengan ayah fiqa. Alhamdulillah hubungan semakin erat dan utuh.
Hehehe. Acara yang dinanti-nanti kan pun telah tiba. Acara pemberian hadiah. Masa tuh, fiqa amaik kain hitam, fiqa tutup dekat mata mama fiqa. Masa dah tutup, semua kumpulkan hadiah. Antara hadiah yang diberi ialah Iphone + laptop + oven (dari ayah fiqa) , rantai emas (dari abang fiqa) , baju kurung, seluar jean and jacket (dari fiqa) dan purse (dari adik fiqa) . Semua di bungkus dalam kotak yang besar and dalam kotak terdapat hadiahnya. Masa fiqa buka je mata mama fiqa, dia terharu sangat. Masa buka je kotak besar, ada macam-macam hadiah. Kotak tuh memang besar gila-gila. Then, mama fiqa buka satu-satu hadiah. Mama fiqa kata dia sangat-sangat terharu sebab tahun ini tahun yang paling bermakna dalam hidup mama.
Alhamdulillah. Fiqa sekeluarga sangat happy kerana dapat menambat hati mama fiqa. Doa fiqa untuk mama, "Iqa harap ma sihat sejahtera, penyakit darah tinggi kurang. Mama kena selalu jaga diri, jaga pemakanan . Mama tak boleh buat kerja yang berat-berat. Iqa doa mama sihat sejahtera, di panjangkan umur, sihat tubuh badan, dimurahkan rezeki, Amin!"
Ini coding untuk entri ini, akak mia boleh copy coding ini :-
OLDERNEWER |