Too Many Random Stories
01/10/2013 | 80 comments Assalamualaikum. Hari ini saya tak mood nak join giveaway or apa-apa sahaja segmen. So, hari ini saya nak bercerita sedikit. Entri ini mybe agak panjang sedikit tetapi harap anda baca. Harap awak semua baca entri ini.
- JANGAN LUPA DOAKAN SAYA -
- STICKY POST UNTIL ENDS OF SPM -
- COMMENT ANDA AMAT DIPERLUKAN -
1# Belajar Nak SPM
Okeyh. Hari ini bertarikhkan 30/7/2013 iaitu hari Selasa yakni tinggal lagi 98 hari nak SPM dan tinggal lagi 23 hari lagi nak trial. Untuk penegtahuan semua, fiqa baru start study Additional Mathematics dan yang lain belum lagi. Ini sebernanya amat merisaukan untuk diri fiqa kerana fiqa tidak membuat sebarang persiapan yang menentukan dimana fiqa berada pada masa hadapan. Ya Allah, sedarkan hambaMu ini ! Sekarang ini baru lah sibuk rushing sana-sini "booking" kawan nak ajar subjek itu subjek ini. Dari dulu taknak buat. Bila "DIA" (SPM) nak dekat baru lah buat macam ini. Actually benda ini fiqa tidak menduga sama sekali ini kerana fiqa dah target untuk stop berblogging dari tahun lepas akibat wifi tidak dibayar. Akan tetapi pada bulan 6 rasanya , wifi yang kian lama tidak dibayar sudah dibayar oleh "seseorang" . Ini telah mebuat fiqa lebih gemar menghadap laptop berbanding membaca buka yang menjamin masa hadapan. Ini juga menyebabkan fiqa hilang focus dengan pelajaran dek kerana fiqa terlalu "obsess" dengan blog. So, ending stori ini, fiqa dah start mula belajar. Pergi library dekat JB untuk study group. Alhamdulillah.
2# Berhenti untuk duduk Senang
Maksud tajuk tu, fiqa sekarang ini dah tak boleh duduk relik tengok tv, main laptop, facebok-facebook or tengok DVD korea. Sekarang ini fiqa perlu berubah untuk melakukan sesuatu perkara yang boleh menjamin masa depan yang cerah untuk fiqa. Fiqa dah tak boleh ketawa huahuahua sana sini. Fiqa dah kena take serious. Fiqa ingin cita-cita dan mimpi fiqa yang selama ini fiqa acap kali fiqa ceritakan dekat mama fiqa. Fiqa harap fiqa dapat berubah dan berterus kekal menjadi orang yang sentiasa fikir akan masa hadapan fiqa kelak.
3# Hiatus bloging just for few months only
Macam dekat stori 1 , fiqa cakap fiqa nak stop blogging kan ? Maafkanlah fiqa sebab ramai yang request tuto tu tuto ini dan freebies tapi fiqa tidak dapat tunaikan dalam tahun ini sebab fiqa betul-betul nak focus dengan SPM. Tapi kan fiqa still ada perasaan dekat blog fiqa ini. Rasa sedih nak tinggalkan blog fiqa. Tapi fiqa cuba dan redha. Lagi satu, fiqa cuma berhenti blogging sampai habis SPM je. Lepas SPM , fiqa akan buat COMEBACK besar-besaran \cewahhh, macam artist pula/ hahahaa. Fiqa akan publish insyaallah setiap hari lepas SPM , publish tuto yang terbaru and ada yang lama also skin-skin yang yang dah berkurun lama dekat laptop ni also skin terbaru yang fiqa buat eksklusif untuk korang. So, jangan lepaskan peluang keemasan tu \hahaha, macam gedik je ayat tu/
4# Mohon Doa yang ikhlas dari Anda
Fiqa, nama sebenar Nur Afiqah bte Junizan mohon sangat-sangat doa dari kalian semua untuk medoakan fiqa dapat keputusan yang baik dalam SPM tahun ini iaitu 9A+. Fiqa target nak masuk matrikulasi, amin . Memang susah tapi ia akan menjadi senang apabila kita berusaha sebenarnya. Fiqa ada satu prinsip dan fiqa selalu amalkan prinsip ini dan fiqa harap korang pun amalkan prinsip ini. \sharing is caring/ Prinsipnya ialah : Belajarlah kerana Allah bukan kerana desakan ibu bapa mahupun guru, bukan kerana kawan yang telah berjaya tetapi anda masih belum berjaya, bukan kerana inginkan masa depan yang cerah, bukan ingin membalas jasa ibu bapa atau apa sahaja. Bila anda belajar kerana Allah, apa yang anda inginkan akan tercapai. Maksudnya disini, bila anda belajar kerana Allah, secara tidak langung Allah akan memberkati anda, anda dapat membalas jasa ibu bapa mahupun guru malah anda dapat cita-cita dan impian anda yang ingin anda kecapi. Fiqa harap korang dapat guna prinsip untuk apa sahaja.
Akhir sekali, saya mohon doa dari kalian semua untuk mendoakan fiqa agar fiqa mendapat 9A+ dalam SPM tahun ini.
- TYPING ERROR ? NEVER MIND INGORE IT-
- MAAFKAN SAYA JIKA SAYA ADA TERKASAR BAHASA -
- HARAP KORANG FAHAM AYAT TONGGANG-LANGGANG TU-
OLDERNEWER |